BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 10, 2009

'Remaja dan cinta'




ADUHAI REMAJA PUTERI!

AMBILLAH IKTIBAR DARI POHON SEMALU


Pada suatu hari ,Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda,saidatina Fatimah r.a.Setibanya mereka di bawah sebatang pohon tamar,Fatimah terpijak pohon semalu,kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.....


Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesanyangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita.Fatimah terkejut......


Rasulullah menyambung kata-katanya lagi.Kaum hawa hendaklah mengambil pengajaran pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek..


PERTAMA : pohon semalu akan kuncup apabila disentuh.Ini boleh diibaratkan bahawa perempuan perlu mempunyai perasan malu(pada tempatnya).


KEDUA : semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.


KETIGA : semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi.Ini bermakna perempuan solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul 'Alamin.


DAN AKHIR SEKALI : semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang.Oleh itu,kaum hawa sekalian,kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja....



0 comments: