Friday, August 14, 2009
Posted by qurratulain at 11:28 PM 0 comments
Posted by qurratulain at 8:57 AM 0 comments
Posted by qurratulain at 7:17 AM 0 comments
Thursday, August 13, 2009
Posted by qurratulain at 5:51 AM 0 comments
Posted by qurratulain at 2:15 AM 0 comments
Tuesday, August 11, 2009
Rahsia Tarikh Lahir Kaedah Sains Metafizik
Rahsia Tarikh Lahir Kaedah Sains Metafizik: "MAC
berpersonaliti menarik dan menawan
mudah didampingi
sangat pemalu dan pemendam rasa
sangat baik secara semula jadi, jujur, pemurah dan mudah simpati
sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
suka pada kedamaian
sangat peka kepada orang lain
sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
tidak cepat marah dan sangat amanah
tahu balas budi dan kenang budi
pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
suka berangan-angan
suka melancong
sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
kelam kabut dalam memilih pasangan
suka dengan hiasan rumahtangga
punya bakat seni dalam bidang muzik
kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik jangan terlalu moody"
Posted by qurratulain at 7:00 AM 0 comments
Monday, August 10, 2009
'Remaja dan cinta'
Posted by qurratulain at 6:07 AM 0 comments
Sunday, August 9, 2009
Tazkirah: Kesan istighfar
Tazkirah: Kesan istighfar: "Hadith :
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.”
Riwayat Abu Daud
Huraian
1. Islam menggalakkan kita agar memperbanyakkan beristighfar, selalu bertaubat kerana sebagai manusia biasa kita tidak terlepas daripada dosa. Rasulullah s.a.w sendiri sentiasa beristighfar lebih 70 kali setiap hari sedangkan baginda merupakan seorang rasul yang maksum atau dipelihara daripada dosa besar dan kecil.
2. Orang yang sentiasa beristighfar kepada Allah akan merasakan dirinya sentiasa dekat kepadnya-Nya. Bahkan akan timbul perasaan tenang dan dapat mengecapi hidup dengan penuh rasa yakin serta bebas daripada perasaan putus asa atau lemah.
3. Dosa itu adalah penyakit dan ubatnya adalah istighfar. Oleh itu bagi mengelakkan hati daripada lalai seseorang itu hendaklah sentiasa membanyakkan istighfar. Ini kerana kita tidak mengetahui bilakah masanya keampunan daripada Allah itu akan berlaku.
Wallahu'alam."
Posted by qurratulain at 10:49 PM 0 comments
TIKA DAHI MENCIUM SEJADAH
Hatiku bagai disiat-disiat..ah...sungguh pedih..dan tak tertanggung rasanya....jarang sekali aku dihinggapi perasaan begini..tetapi dengan kekuatan aku yang ada,aku bangun dan aku terus mengambil air sembahyang dan membaca al-quran dengan khusyuk sekali...selesai menghabiskan 1 juzuk aku tidur 5 minit untuk aku bangun semula menunaikan solat sunat..........
JAM 4.15 PAGI
Aku tersedar...Ya ALLAH nasib baik ENGKAU mendengar niatku ini untuk bermunajat kepadamu pada malam yamg sungguh hening ini.....lantas aku berwudhu' dan terus menunaikan solat sunat taubat,hajat,tahajud,dan witir.......
Ketika dahiku mencecah hamparan hijau hatiku luluh dan merembeslah air mataku.....sebagai hamba yang kerdil...hamba yang banyak melakukan dosa di bumi ini .......mengenangkan khilafku merayulah aku memohon ampun kepadaNYA.....
"YA ALLAH enkau yang maha pengampun lagi maha penyayang ampunkanlah dosa-dosa ku ini....aku lemah..hatiku mudah digoda oleh nikmat dunia....iman ku tak kuat YA ALLAH...kepada engkaulah YA ALLAH aku mengadu.. kepada engkaulah aku meminta tolong.....ampunkanlah dosa-dosaku YA ALLAH.....tetapkanlah pendirian ku YA ALLAH agar tidak goyah dalam agamu ini.....jauhkanlah diriku ini daripada godaan iblis laknatullah.....daripada kenikmatan dunia yang sementara ini yang membuatku leka dan lalai dalam mengingatimu YA ALLAH..janganlah engkau jauh dari hatiku ini.....aku ingin mendapat perhatianMU...... aku ada engkau YA ALLAH tempat aku mengadu dan merayu.....tiada tempat yang selayak itu.......Ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku,doa kawan-kawanku....jadikanlah mereka hamba yang soleh dan solehah yang taat kepada perintahMU dan kedua ibubapa mereka.........semoga mereka semua mendapat syurga firdaus............................AMIN.....perkenankanlah doaku ini....."
Selesai solat aku tidur sebentar untuk menunggu azan subuh..........................
Posted by qurratulain at 2:36 AM 0 comments