BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, August 14, 2009

4 ORANG KEMBAR TAPI X SERUPA
nak kata sama tapi x sama
tapi itulah hakikatnya..
sampai ade orang tersalah panggil nama
hehehuhuhihi...
ustaz pun ikut tersasul gak..takpelah..
yang penting kami dapat mencapai kecemerlangan...
INI ADALAH GAMBAR KENANGAN DI LUAR DEWAN LUQMAN AL-HAKIM SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN STAM MAAHAD JOHOR 2009
ALHAMDULILLAH kami mendapat pangkat mumtaz dalam STAM...







SIAPAKAH KITA DISISI ALLAH
Jika hati masih kuat terarah kepada dunia yang fana ini,bererti kita masih hina
dalam penilaian ALLAH SWT
Jika kita masih dibimbangkan oleh makhluk alam maya pada ini,bererti pada hakikatnya kita belum menghadap ALLAH dalam erti kata yang sebenar
Jika kita sudah mula mengarah pada beramal ibadat,bererti sudah ada bantuan dari ALLAH ke atas kita.
Jika ilmu pengetahuan agama kita mulai terbuka pintunya buat kita,bererti kita telah dikehendaki ALLAH untuk cenderung kepadaNya.
Jika kita sudah mulai sekali sekala menyampaikan isi hati kita pada ALLAH,bererti pintu dialog antara hamba dengan ALLAH telah dibuka olehNya dan hal itu bererti kita telah mulai mendekat kepadaNya.
Jika kita sekali sekala dicuba oleh ALLAH dengan bala,bererti ALLAH telah memberi petunjuk kepada kita asal kita bersabar terhadapnya.
Jika kita beransur-ansur dapat menghilangkan selain ALLAH dari hati kita,bererti kita telah mulai dipimpin ALLAH untuk beradap kepadaNya.
Jika kita telah menerima secara ikhlas segala ketentuan ALLAH atas kita,baik yang manis atau pahit,bereti pintu redha telah dibukakan ALLAH buat kita dan itulah pintu AGUNG,SEMPURNA DAN MULIA.
Barangsiapa yang ingin mengetahui bagaimanakah keadaan disisi ALLAH,maka hendaklah ia melihat dan merasa dalam ertinya,bagaimana ALLAH pada sisinya,kerana bahawasanya ALLAH menempatkan si hamba menurut ukuran si hamba menempatkan ALLAH pada dirinya........


3 OKToBEr 2009

adalah tarikh keramat bagiku

untuk melakar impian

menyambung pengajianku nun jauh di sana

itulah MESIR bumi anbiya'

yang aq idam2 kan sejak pertama pendidikanku

bagaikan mimpi di siang hari

tetapi itulah kenyataan

arghhhhh.....

tidak sabar rasanya untukku menjejakkan kakiku ke sana

di bumi y barokah itu

layakkah kakiku ini memijaknya

YA ALLAH izinkanlah aq

untuk berbakti dalam agamaMU

kuatkanlah imanku

agarku istiqomah dalam menjalani ibadahmMU

kadang2 aq rse aq lemah

terjerumus ke arah kemaksiatan duniawi

itulah ujian seorang hamba sebagai khalifah ALLAH

aq meminta kekuatan daripadaMU

moga dijauhkan dari segala y laghooo

dan y boleh menjauhkan diriku daripadaMU........

Thursday, August 13, 2009

.......PERPIsaHAN.......
medan pendidikan adalah tempatku menimba ilmU,
di situ aq menilik nasibku dengan mencari pengalaman hidup dengan penuh buntU,
tapi aq sentiasa yakin dengan ciptaan khaliqkU,
dan DIA telah mencampakkan sekeping hati seorang sahabat kepadakU,
betapa aq b'syukur kepadaMU,
segala kesulitan dan kepayahan aq lontarkan kepadanya untuk menghilangkan segala kekusutankU,
betapa murninya hatinya menerimaku sebagai kawannya didunia dan diakhirat,
YA ALLAH kurniakanlah ketabahan dan kesabaran dalam menempuh ujian dan dugaanmU,
sesungguhnya dia telah banyak membantuku dalam menegakkan agamaMU,
semoga kejayaan dan kemenangan sentiasa dalam impianmU,
walaupun kini kau telah berhijrah ke daerah yang telah ditentukan olehNYA untukmU,
terimalah seadanya semoga terpancarlah hikmah dan kebaikan dalam dirimU,
ان شاء الله تعالى ............
(NURZIANAH BT ABD KAHHAR)
gambar diambil sebelum sehari majlis anugerah konvokesyen maahad johor 2009..
sekarang beliau melanjutkan pendidikan di DARUL QURAN,KUALA KUBU,SELANGOR.
"KU DOAKAN SEMOGA DIRIMU SENTIASA ISTIQOMAH DALAM MELAKUKAN AMAL"

INI GAMBAR KELAS SAYA (SIBAWAIH)
NI GAMBAR KTEOWG AMEK ,MASE MAJLIS PERPISAHAN


KURSUS BAHASA ARAB....


KT MARSAH,JB..


ni gambr banat jer..banin ade gak..kire2 sumenyer d 60 org


rmai la gak..


yela nk tmbh ilmu la katakn..


BAHASA SYURGA,BAHASA AL-QURAN


plak 2 y ajar kteorg sumenyer ustaz2


bez gler.......


layan je kepala kami sume..


y dah t'sedia nakal ni...


hehehehehe....


ade ustaz dari jordan


2 org..


baik sgt ngan kteorg..


tp nak baik knelh takallam billughatul 'arabiah..


lau org y x biase..


terbelit lidah..


paling saye takut skali madah ustaz raid


dhlah kne berlakon kt depn


dlm b.arb..


menggigil dbuatnyer.....


tp lme2 sudh mnjadi kebiasaan kami.....


ustz raidlh y paling kelakar skali....lg sorang ustaz jordan 2


nmenyer ustz 'imad...bley la tahan la gak..


dye punyer nk balik kawin mse bln julai x silap..


x nk bgtw kteorg...


simpn rahsia....pas2 x nk mengaku plak 2...


len plak ustaz mokhtar ni


dh mcm bapak aq..


tetibe je cter sal ank dye....


x pasal2 ustaz ni..


rupe2 nyer anak dye pun nmenyer ADIBAH..


fuh punyerla kembang kuncup la aq..


huhuhu..


ustz ghani plak kdg2 serius kdg lwak la gak..


tp y pntg sume ustz y ajar kami


sumernyer bez........



































Tuesday, August 11, 2009

Rahsia Tarikh Lahir Kaedah Sains Metafizik

Rahsia Tarikh Lahir Kaedah Sains Metafizik: "MAC

berpersonaliti menarik dan menawan
mudah didampingi
sangat pemalu dan pemendam rasa
sangat baik secara semula jadi, jujur, pemurah dan mudah simpati
sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
suka pada kedamaian
sangat peka kepada orang lain
sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
tidak cepat marah dan sangat amanah
tahu balas budi dan kenang budi
pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
suka berangan-angan
suka melancong
sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
kelam kabut dalam memilih pasangan
suka dengan hiasan rumahtangga
punya bakat seni dalam bidang muzik
kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik jangan terlalu moody"

Monday, August 10, 2009

SEGALA PUJI BAGI ALLAH


'Remaja dan cinta'




ADUHAI REMAJA PUTERI!

AMBILLAH IKTIBAR DARI POHON SEMALU


Pada suatu hari ,Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda,saidatina Fatimah r.a.Setibanya mereka di bawah sebatang pohon tamar,Fatimah terpijak pohon semalu,kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.....


Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesanyangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita.Fatimah terkejut......


Rasulullah menyambung kata-katanya lagi.Kaum hawa hendaklah mengambil pengajaran pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek..


PERTAMA : pohon semalu akan kuncup apabila disentuh.Ini boleh diibaratkan bahawa perempuan perlu mempunyai perasan malu(pada tempatnya).


KEDUA : semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.


KETIGA : semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi.Ini bermakna perempuan solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul 'Alamin.


DAN AKHIR SEKALI : semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang.Oleh itu,kaum hawa sekalian,kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja....



AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN


Sunday, August 9, 2009

Tazkirah: Kesan istighfar

Tazkirah: Kesan istighfar: "Hadith :
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.”

Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Islam menggalakkan kita agar memperbanyakkan beristighfar, selalu bertaubat kerana sebagai manusia biasa kita tidak terlepas daripada dosa. Rasulullah s.a.w sendiri sentiasa beristighfar lebih 70 kali setiap hari sedangkan baginda merupakan seorang rasul yang maksum atau dipelihara daripada dosa besar dan kecil.

2. Orang yang sentiasa beristighfar kepada Allah akan merasakan dirinya sentiasa dekat kepadnya-Nya. Bahkan akan timbul perasaan tenang dan dapat mengecapi hidup dengan penuh rasa yakin serta bebas daripada perasaan putus asa atau lemah.

3. Dosa itu adalah penyakit dan ubatnya adalah istighfar. Oleh itu bagi mengelakkan hati daripada lalai seseorang itu hendaklah sentiasa membanyakkan istighfar. Ini kerana kita tidak mengetahui bilakah masanya keampunan daripada Allah itu akan berlaku.

Wallahu'alam."

TIKA DAHI MENCIUM SEJADAH


Entah mengapa malam itu hatiku sungguh sayu dan pilu..nak kata sedih tak jugak.....emmm...tak tahu la....kekadang penyakit hatiku ini datang tetibe je....sehinggakan batinku menjerit
"Ya ALLAH,kenapalah kau uji hatiku sebegini rupa..hatiku tak tenang...tak tenteram...adakah disebabkan dosa-dosa ku yang menggunung tinggi itu...Ya ALLAH....adakah aku leka..adakah aku alpa...dengan nikmat yang kau beri kepadaku......."

Hatiku bagai disiat-disiat..ah...sungguh pedih..dan tak tertanggung rasanya....jarang sekali aku dihinggapi perasaan begini..tetapi dengan kekuatan aku yang ada,aku bangun dan aku terus mengambil air sembahyang dan membaca al-quran dengan khusyuk sekali...selesai menghabiskan 1 juzuk aku tidur 5 minit untuk aku bangun semula menunaikan solat sunat..........

JAM 4.15 PAGI
Aku tersedar...Ya ALLAH nasib baik ENGKAU mendengar niatku ini untuk bermunajat kepadamu pada malam yamg sungguh hening ini.....lantas aku berwudhu' dan terus menunaikan solat sunat taubat,hajat,tahajud,dan witir.......

Ketika dahiku mencecah hamparan hijau hatiku luluh dan merembeslah air mataku.....sebagai hamba yang kerdil...hamba yang banyak melakukan dosa di bumi ini .......mengenangkan khilafku merayulah aku memohon ampun kepadaNYA.....

"YA ALLAH enkau yang maha pengampun lagi maha penyayang ampunkanlah dosa-dosa ku ini....aku lemah..hatiku mudah digoda oleh nikmat dunia....iman ku tak kuat YA ALLAH...kepada engkaulah YA ALLAH aku mengadu.. kepada engkaulah aku meminta tolong.....ampunkanlah dosa-dosaku YA ALLAH.....tetapkanlah pendirian ku YA ALLAH agar tidak goyah dalam agamu ini.....jauhkanlah diriku ini daripada godaan iblis laknatullah.....daripada kenikmatan dunia yang sementara ini yang membuatku leka dan lalai dalam mengingatimu YA ALLAH..janganlah engkau jauh dari hatiku ini.....aku ingin mendapat perhatianMU...... aku ada engkau YA ALLAH tempat aku mengadu dan merayu.....tiada tempat yang selayak itu.......Ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku,doa kawan-kawanku....jadikanlah mereka hamba yang soleh dan solehah yang taat kepada perintahMU dan kedua ibubapa mereka.........semoga mereka semua mendapat syurga firdaus............................AMIN.....perkenankanlah doaku ini....."

Selesai solat aku tidur sebentar untuk menunggu azan subuh..........................